Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan Johor akan bertemu persatuan belia berhubung isu had umur belia

Kerajaan Johor akan bertemu persatuan belia berhubung isu had umur belia

BernamaJuly 15, 2019 11:31 am




Isu had umur belia di Johor dianggap selesai dan kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pelbagai persatuan belia berhubung isu berkenaan.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata kerajaan negeri juga tetap dengan pendirian untuk mengekalkan had umur golongan tersebut kepada 40 tahun dan berharap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Ali akan bekerjasama dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam mengadakan pertemuan itu.

“Saya rasa isu belia… insya-Allah sudah selesai.

“Jadi, saya harap dan kalau boleh, Exco Belia bekerjasama dengan menteri mengadakan pertemuan untuk memberi penerangan kepada semua persatuan belia supaya mereka faham mengenai pindaan Akta 668 itu,” katanya yang ditemui pemberita pada majlis mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji negeri ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini, malam tadi.

Ditanya adakah kemungkinan had umur belia akan bertukar selepas pertemuan dan sesi penerangan kepada semua persatuan belia itu, Dr Sahruddin berkata, perkara itu diserahkan kepada Exco Belia.

“Itu kita serahkan kepada Exco Belia untuk membuat pertemuan dan nanti apa-apa keputusan, dia akan memberi laporan kepada kerajaan negeri.

“Jadi, buat masa ini, biar Exco berkenaan menjalankan pertemuan dan sesi penerangan itu terlebih dahulu,” katanya.

Selasa lepas (9 Julai), Kerajaan Johor memutuskan mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 tahun sehinggalah pindaan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 688) diwartakan pada 2021.

Keputusan itu dilaporkan dibuat bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai tempoh masa persediaan yang mencukupi untuk memperhalusi semula implikasi berkaitan pindaan terbabit.

Pada 3 Julai lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, yang bertujuan antaranya menurunkan had umur dalam takrif belia daripada 40 kepada 30 tahun.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production