Malaysia Dateline

Kerajaan Johor digesa beri subsidi, jika tidak mampu kawal harga baja, racun

Ahli Dewan Undangan Parit Yaani Aminolhuda Hassan mempersoalkan bagaimana kerajaan mengawal harga baja dan racun menyebabkan harganya naik berganda-ganda.

Bercakap di sidang DUN Johor beliau berkata jika kerajaan tidak mampu mengawal hargamaka kerajaan wajar memikirkan untuk memberi subsidi baja dan racun kepada para petani kecil.

“Kalau tidak boleh lagi kawal dari sudut ini kerajaan kena fikirkan subsidi baja dan juga racun kepada petani-petani kecil ini

“Mereka bukannya mengusaha tanaman sampai 100 ke 200 ekar, 50 ekar pun tak ada di kampung-kampung ada dalam dua atau tiga ekar.

“Saya berharap jabatan pertanian dapat membantu,” katanya.

Beliau turut meminta penjelasan daripada kerajaan adakah jabatan pertanian mempunyai rekod jumlah petani memgikut daerah supaya ia memudahkan bantuan serta pengumpulan hasil dapat diselenggarakan dengan kemas dan lancar.