Kerajaan Kedah tumpu bekalan air bersih untuk tunaikan janji manifesto

Mukhriz memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang mengunjungi beliau di hari raya.

Kerajaan Negeri Kedah akan menunaikan segala janji yang telah dibuat dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu terutamanya bekalan air bersih.

Malah usaha sedang diambil bagi memastikan janji-janji dalam tempoh 100 hari sepertimana yang dinyatakan semasa kempen PRU yang lalu menjadi realiti.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Jelas beliau lagi, antara isu besar yang menjadi fokus utama ialah mengatasi masalah bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama.

“Dalam kempen PRU yang lalu, isu air menjadi tumpuan untuk kita selesaikan dengan pelbagai usaha.

“Tindakan tertentu telah dan sedang diambil bagi memastikan masalah bekalan air tidak lagi menjadi masalah yang berterusan seperti sebelum ini.

“Alhamdulillah banyak kawasan sudah mendapat bekalan air yang mencukupi, walaupun masih terdapat beberapa lagi kawasan yang belum selesai,” ujarnya.

Beliau juga berkata, masalah ini akan segera diatasi dalam tempoh terdekat sepertimana yang diharapkan.

“Apa yang sedang dilaksanakan adalah sejajar dengan konsep Malaysia Baru yang menjadi harapan rakyat.

“Kerajaan negeri amat memerlukan dokongan rakyat negeri ini dalam dasar yang disedang diperkenalkan.

“Sekiranya ada kesilapan, maka tegurlah kami demi untuk membawa kebaikan kepada semua, ” tambah Mukhriz lagi.

Sejajar dengan itu katanya, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Harapan akan mencuba semaksima mungkin bagi merealisasikan segala janji satu persatu antara tempoh 100 hari sehinggalah berakhirnya penggal yang ada.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES