Kerajaan komited tingkatkan penjagaan kesihatan premier, kata Dr Dzulkefly

Kerajaan komited tingkatkan penjagaan kesihatan premier, kata Dr Dzulkefly

Kerajaan komited untuk memupuk perkongsian awam-swasta yang lebih baik dan memberi fokus untuk meningkatkan penjagaan kesihatan primer di negara ini, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata harapan itu dizahirkan semasa melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Pasifik Barat yang akan melepaskan jawatan Dr Shin Young-Soo, di luar Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO untuk Pasifik Barat, di Manila, Filipina.

Mesyuarat Serantau WHO bagi Pasifik Barat ke-69 bermula pada 8 sehingga 12 Oktober.

“Dalam pertemuan itu, Dr Shin membincangkan mengenai pemerhatiannya mengenai Malaysia semasa berkhidmat sambil berkata “sistem penjagaan kesihatan primer Malaysia adalah ASET yang dicemburui oleh negara lain dan rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana mempunyai sistem penjagaan kesihatan terbaik yang boleh diakses oleh semua, ” kata Dr Dzulkefly dalam kenyataan yang dihantar kepada media,semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Dzulkefly berkata Pengarah Serantau itu, seorang warga Korea Selatan berharap semoga beliau (Dr Dzulkefly) mempunyai iltizam politik, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi memastikan Malaysia memberi lebih banyak tumpuan di kawasan luar bandar bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk penduduk di kawasan itu.

Selain itu, Dr Dzulkefty berkata beliau dan Dr Noor Hisham juga telah mengadakan perbincangan tidak formal dengan Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom.

Semasa perbincangan singkat, Dr Dzulkefly berkata beliau telah menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menyokongh Pusat Perkhidmatan Global WHO di Cyberjaya sebagai satu bentuk sumbangan kepada WHO dan Malaysia berharap dapat bekerjasama dengan WHO dalam pelbagai aktiviti.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS