Malaysia Dateline

Kerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM

Sebanyak RM30 juta diluluskan oleh kerajaan sebagai peruntukan bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka menjalankan tugas.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ketika ini proses perolehan sedang dilaksanakan dan berharap tiada sebarang masalah untuk mendapatkan kamera badan tersebut.

“Saya harap perolehan ini dapat disegerakan memandangkan ia merupakan satu keperluan pada masa kini dan telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian untuk tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Bukit Aman, hari ini.

Sementara itu, di Facebook rasmi Saifuddin,  menyatakan bahawa beliau dan timbalannya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah komited menyediakan kepimpinan yang baik di Kementerian Dalam Negeri.

Baca Juga: Ambil upah belah ikan bilis, ibu tunggal gigih sara 3 anak yang masih bersekolah

Baca Juga: Bukan berpura-pura tapi ‘move on’, hormati titah Agong – Orang ramai ‘sekolahkan’ Presiden Pas