Malaysia Dateline

Kerajaan lulus pinjaman RM1 bilion kepada Air Asia, lapor media

Kerajaan Malaysia dilaporkan telah meluluskan pinjaman bernilai RM1 bilion ($242 juta) kepada AirAsia Group Bhd bagi menampung pembiayaan syarikat penerbangan tambang rendah itu yang terkesan akibat wabak Covid-19, lapor Nikkei Asia.

Katanya, pinjaman tersebut akan dibuat oleh sekumpulan bank tempatan di bawah skim kerajaan untuk membantu syarikat Air Asia menangani konflik yang timbul.

Perkara itu diberitahu oleh sumber dari kementerian kewangan dan syarikat penerbangan tersebut yang turut memaklumkan ianya akan dijamin 80 peratus oleh kementerian Kewangan Malaysia

“1 bilion ringgit dianggap sangat penting bagi AirAsia, untuk digunakan bagi pembayaran pinjaman jangka pendek dan dana modal kerja,” kata satu sumber yang dekat dengan kementerian itu selain memaklumkan pembayaran dijangka dilakukan bulan depan.

Sementara itu, sumber dalam AirAsia juga memberitahu bahawa syarikat penerbangan itu dilaporkan sekali lagi akan mengurangkan tenaga kerjanya pada bulan depan.

Lapor Nikkei Asia lagi, sumber mendedahkan bahawa kerajaan pada awalnya menawarkan pinjaman RM500 juta tetapi kemudiannya memberikan RM1 bilion seperti yang diminta.

Bagaimanapun CEO AirAsia, Tony Fernandes enggan mengulas dakwaan tersebut.