Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan lulus RM8 juta naik taraf Institut Kemahiran Tenun Pahang

Kerajaan lulus RM8 juta naik taraf Institut Kemahiran Tenun Pahang

BernamaFebruary 12, 2020 6:19 pm




Kerajaan telah meluluskan dana berjumlah RM8 juta bagi menaik taraf Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja (IKTPD) di Pekan, Pahang, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya beliau yakin peruntukan itu akan mengangkat serta menyemarak martabat seni kemahiran tangan dan warisan tenun Pahang hingga ke persada antarabangsa.

Perkara itu diumumkan Azmin dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini. Semalam beliau menghadap Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Negara.

“Minat dan kesungguhan Raja Permaisuri untuk menyemarakkan kegiatan kemahiran warisan anak watan negeri Pahang amat mengagumkan.

“Hati patik tertawan dengan kemahiran, kehalusan serta keindahan kerja tangan yang ditampilkan oleh pelajar-pelajar IKTPD,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production