Malaysia Dateline

Kerajaan Negeri Kedah komited laksana projek berimpak tinggi

Kerajaan Negeri Kedah komited untuk melaksanakan projek berimpak tinggi bagi merealisasikan segala perancangan lebih baik jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya., kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Jelas beliau, setelah pelbagai rencana dan rancangan dilakukan bagi meningkatkan ekonomi negeri Kedah serta juga rakyat negeri ini, kerajaan negeri turut memberi perhatian serius bagi melaksanakan projek berimpak tinggi termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

Ujarnya, KXP kini sudah berada pada tahap proses menyediakan Pelan Induk dan Kajian Kemungkinan.

“Kerajaan negeri berhasrat ingin menjadikan tahun 2020 lebih baik jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

“Jalinan kerjasama strategik dan misi dagangan telah turut diadakan.

“Selain itu, kita juga ingin melihat peluang serta pontensi industri baharu diwujudkan di negeri ini, ” tegasnya semasa majlis Karnival Harapan di Kulim pada Khamis.

Menurut Mukhriz lagi, kerajaan ini amat berharap projek yang direncanakan seperti Taman Sains dan Teknologi dapat direalisasikan.

Malah kata beliau, bagi suku tahun pertama tahun ini juga diharapkan hab logistik di Bukit Kayu Hitam dapat dimulakan.

Disamping itu tambahnya, kerajaan negeri juga akan memperluaskan lagi kawasan kawasan perindustrian tinggi Kulim Hi-Tech atau KHTP sekali ganda setelah ianya diiktiraf sebagai salah satu taman industri terbaik dunia.