Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan negeri Melaka masih berfungsi seperti biasa, kata Ketua Menteri

Kerajaan negeri Melaka masih berfungsi seperti biasa, kata Ketua Menteri

BernamaFebruary 25, 2020 9:28 pm




 Pentadbiran dan jentera kerajaan negeri Melaka masih berfungsi seperti biasa di sebalik perkembangan politik yang berlaku di peringkat kerajaan Persekutuan pada masa ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berkata, tugas dan tanggungjawab yang digalasnya sebagai ketua menteri seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat masih tetap dijalankan seperti biasa.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Japerun (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN) juga masih beroperasi seperti biasa. Selain itu, segala pertemuan dan mesyuarat rasmi juga akan berlangsung seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta rakyat agar mendapatkan sebarang pendirian kerajaan negeri Melaka daripada sumber rasmi dan berhati-hati dengan sebarang kenyataan atau maklumat palsu.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

RM35 juta untuk projek bina 3 dewan, kata Pejabat JPM

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production