Kerajaan negeri Perak benarkan parti politik sewa dewan orang ramai

Abdul Yunus Jambari

Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan membenarkan semua dewan orang ramai, dewan majlis perbandaran dan bilik-bilik Mesyuarat digunakan dan disewakan kepada orang ramai termasuk parti-parti politik bagi menjalankan program atau sebarang aktiviti.

Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak Abdul Yunus Jamhari berkata, Kerajaan Negeri sedar kemudahan awam yang disediakan selama ini dibiayai oleh wang pembayar cukai, justeru semua golongan masyarakat berhak menggunakannya dengan kadar caj berpatutan dan tidak membebankan.

Pendekatan itu berbeza dengan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang melarang dan menyekat parti pembangkang untuk menyewa dan menggunakan kemudahan berkenaan.

“Memandangkan proses pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung belum selesai sepenuhnya, orang ramai yang ingin menyewa atau menggunakan kemudahan berkenaan boleh berhubung dengan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Penghulu Mukim di kawasan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media¬† hari ini.

Abdul Yunus, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, berkata Kerajaan Negeri juga komited untuk menyediakan lebih banyak kemudahan awam yang berkualiti untuk rakyat.

 

CATEGORIES