Kerajaan Negeri Perak diingatkan berwaspada ambil keputusan ke atas GLC

Kerajaan Negeri Perak diingatkan berwaspada ambil keputusan ke atas GLC

Kerajaan Negeri Perak dinasihatkan supaya senantiasa berwaspada dan berhati-hati dalam mengambil tindakan terhadap sebarang keputusan pentadbiran kerajaan terdahulu, khususnya yang melibatkan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Exco kerajaan negeri Perak di Ipoh pada Selasa.

Menurut Anwar lagi, seandainya tindakan tersebut dilakukan ia akan memberi gambaran urus tadbir yang kurang baik kerajaan negeri.

“Secara tidak langsung ia membelakangkan keperluan rakyat yang sepatutnya beri keutamaan.

“Perhatian perlu diberikan oleh Menteri Besar serta barisan exco dan tidak mengambil tindakan yang gopoh.

“Jangan bertindak hanya kerana dendam maupun iri hati, ” katanya.

Tegas Anwar lagi, setiap keputusan yang hendak diambil haruslah bersandarkan kepada ‘good governance’.

“Ianya perlu bagi memastikan tidak wujud salah guna keistimewaan untuk kroni maupun penyokong.

“”Kerajaan negeri boleh mengekalkan GLC yang ada sekiranya ia mempunyai prestasi yang baik.

“Apa yang baik dari kerajaan yang lalu, ia boleh diterima dan diteruskan, ” ujarnya.

Namun begitu jelasnya, seandainya terbukti adanya pembaziran serta pertindihan tugas atau peranan dalam sesuatu jabatan maupun agensi sedia ada dengan imbuhan elaun melampau kepada tokoh-tokoh politik sepertimana yang wujud dalam kerajaan pusat, ia harus dihentikan.

“Kepimpinan kerajaan negeri harus memberi keutamaan bagi memenuhi harapan rakyat.

“Menjaga integriti bagi memastikan kerajaan negeri bersih dari amalan rasuah dan juga pemborosan.

“Sekiranya ini dapat dilaksanakan sudah pasti rakyat mampu memberi dokongan yang lebih kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang sedang memerintah, ” tambahnya lagi.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS