Kerajaan Negeri Pulau Pinang tolong jangan usir kami, rayu penduduk

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tolong jangan usir kami, rayu penduduk

Ramizah [email protected], turut memelihara dua anak saudara OKU bersamanya.

Sudah jatuh ditimpa tangga.Itulah perumpamaan yang dirasakan sesuai bagi sebahagian besar penduduk Pangsapuri Ampang Jajar, Mak Mandin, Butterworth yang telah diarahkan mengosongkan kediaman mereka pada 31 Oktober.

Penghuni menzahirkan keluh dan kesah sejak menerima surat bertarikh 1 Oktober dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Perumahan yang mengarahkan supaya mengosongkan kediaman dengan pelbagai alasan.

Bagi Ramizah [email protected] yang juga merupakan ibu tunggal menyatakan kesedihannya setelah menerima arahan menyerahkan semula unit sewaan rumah pangsa tersebut kerana didakwa mempunyai pendapatan melebihi kelayakan.

“Saya hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan yang cukup makan sahaja dan terpaksa menyara dua orang anak saudara yang kurang upaya.

“Manakala itu dua orang anak saudara OKU yang saya pelihara turut memerlukan perbelanjaan untuk membiayai kehidupan seharian mereka.

“Sekiranya kerajaan negeri mengusir kami keluar dari sini, kemanalah hala tuju yang hendak kami pergi, sedangkan masa yang diberikan hanyalah akhir bulan ini, ” katanya ketika ditemui semalam.

M.Monganam

Oleh kerana itu tegasnya, keprihatinan kerajaan termasuklah wakil rakyat kawasan Dun Bagan Jermal dan Ahli Parlimen Bagan amat-amat diharapkan.

Sementara itu M.Monganam yang menerima surat yang sama menyatakan beliau diarahkan keluar bersama keluarganya pada akhir Oktober dengan alasan telah mempunyai sebuah rumah di Taman Lima Kongsi.

“Sebenarnya pihak yang mengarahkan kami keluar tidak menyiasat dengan betul kerana rumah yang didakwa dimiliki oleh kami, sudah pun ditarik balik begitu lama oleh pihak bank dan kami tidak mempunyai rumah lain.

“Lebih mendukacitakan saya sudah dibuang kerja sebagai pekerja biasa dan dua anak saya masih lagi bersekolah.

“Manakala suami saya pula tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, ” ujarnya hampa.

Mohd Zaharizal Mahathir

Bagi Mohd Zaharizal Mahathir yang juga merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) telah menetap di kediaman tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

“Arahan keluar dengan tempoh yang singkat oleh kerajaan negeri amat menyukarkan kehidupan kami.

“Saya hanya mengharapkan sumbangan dari Perkeso setiap bulan kerana cacat dan tidak mampu bekerja.

“Dengan arahan mengosongkan kediaman tersebut dengan alasan pendapatan melebihi kelayakan amat menyulitkan kerana saya terpaksa menjaga ayah yang uzur tanpa pendapatan, ” jelasnya pula.

Ibrahim Md Din

Ibrahim Md Din yang ditemui berkata, seramai 90 penduduk telah menerima surat arahan mengosongkan premis yang telah mereka diami sejak sekian lama.

“Sepatutnya nasib kami dibela dan bukannya dihalau keluar dengan tempoh yang begitu singkat tanpa apa-apa alternatif.

“Rayuan telah pun kami buat dengan memohon bantuan dari wakil rakyat kawasan Parlimen Bagan dan Dun Bagan Jermal.

“Namun begitu nasib kami masih lagi terhoyong-hayang tanpa pembelaan, sedangkan wakil rakyat kami adalah Menteri Kewangan kerana berada dalam Parlimen Bagan, ” tambahnya.

Sehubungan itu katanya, penduduk yang rata-ratanya adalah golongan miskin dan berpendapatan rendah amat mengharapkan kerajaan dapat membantu mengatasi masalah ini dengan segera sebelum akhir bulan ini.

Malah tegas Ibrahim lagi, ramai penduduk yang menerima arahan keluar adalah mereka yang hanya mengharapkan kediaman ini sebagai tempat berteduh.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS