Malaysia Dateline

Kerajaan Negeri Sarawak digesa ambil tindakan ke atas Petronas

Kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petroleum Nasional Berhad (Petronas) bagi bayaran yang belum dijelaskan berkuat kuasa pada tahun ini.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pending Violet Yong Wui Wui, agar satu usul pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) minggu depan mengenai keputusan mahkamah bagi tindakan Kerajaan Negeri Sarawak mengenakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum.

Violet Yomg Wui Wui

Katanya, semasa dalam Bajet Negeri 2019, pendapatan dianggarkan telah mengambil kira pengumpulan cukai jualan terhadap produk petroleum yang diperoleh dari Sarawak oleh Petronas tetapi sehingga ke hari ini Petronas belum menjelaskan bayaran cukai jualan kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

“Kami dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menggesa dan berharap agar satu usul dibawa untuk satu keputusan mahkamah berkaitan kelulusan perundangan bagi kerajaan negeri mengenakan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum pada sidang Dun minggu depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat India di Dewan Persatuan India Kuching (IAK) di Kuching pada Isnin.

Seramai 70 warga kurang berkemampuan dari kalangan masyarakat India di sekitar Kuching menerima sumbangan tersebut bersempena dengan sambutan Deepavali.

Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)Chong Chieng Jen.

Violet menjelaskan , pembayaran yang belum dijelaskan bagi cukai jualan lima peratus oleh Petronas mempunyai impak ketara terhadap penyata imbangan kerajaan negeri.

“Saya memgemukakan usul ini untuk Dun mencari penyelesaian bahawa kerajaan negeri merujuk perkara tersebut kepada Mahkamah Perundangan bagi keputusan muktamad terhadap kesahihan tuntutan untuk cukai jualan.

“Kita telah melihat Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersuara lantang melalui pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bahawa sekiranya Petronas tidak membayar cukai menjelang akhir bulan ini, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas.

“Sekiranya usul itu diluluskan oleh Speaker untuk dibahaskan dan diluluskan dalam sidang Dun yang bermula nanti, kerajaan negeri akan meneruskan dengan pemfailan tuntutan terhadap Petronas,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap usul berkenaan akan diluluskan dan dibincangkan tetap terpulang kepada Speaker yang menerimamya.

Tambahnya, usul tersebut telah dihantar menerusi faks kepada Sekretariat Dun pada jam 10.37 pagi semalam dan dihantar terus kepada Setiauasaha pada Jumaat ini.

Pada masa sama, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata, usul yang dikemukakan Violet mendapat sokong penuh dari komuniti Dap Sarawak.

Katanya, Kerajaan Negeri Sarawak harus jujur kepada rakyat di negeri ini sama ada ia mempunyai hak perundangan dalam menuntut cukai jualan.

“Kerajaan Negeri Sarawak telah menyerahkan hak perundangan itu di Parlimen pada 1974 ketika bekas Ahli Parlimen Sarawak mengemukakan Rang Undang-Undang untuk Akta Pembangunan Petroleum.

“Saya harap mereka (kerajaan negeri) harus jujur terutamanya apabila ia melibatkan perkara berkaitan bajet sama ada mereka mempunyai hak untuk menuntut cukai jualan tersebut.