Malaysia Dateline

Amar Abang Johari Tun Openg

Kerajaan Negeri Sarawak digesa peka masalah rakyat

Kerajaan Negeri Sarawak seharusnya peka dengan masalah rakyat di negeri lebih-lebih lagi ketika menempuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara dan akan disambung lagi selama dua minggu hingga 28 Jun ini.

Malah, Ketua Penerangan Pas Sarawak, Zharudin Narudin menggesa supaya Kerajaan Negeri Sarawak mempetimbangkan bantuan kepada golongan M40 yang turut terjejas dan kehilangan punca pendapatan ketika ini.

“Kerajaan Negeri Sarawak harus mempertimbangkan pertolongan kepada mereka yang terjejas akibat (PKP)) yang bukan sahaja dari kumpulan B40 tetapi juga M40 yang telah terjejas dan kehilangan punca pendapatan mereka.

“Justeru, permudahkan permohonan bantuan yang akan dilaksanakan itu melalui Pejabat Residen atau wakil rakyat di setiap kawasan agar mereka yang terlibat mendapat bantuan yang sewajarnya tanpa keciciran,” tegasnya dalam satu kenyataan di Kuching hari ini.

Menurut Zharudin, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) haruslah peka dengan permasalahan yang dihadapi rakyat terutamanya di kawasan yang telah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri ini.

“Dalam hal ini, kami (Pas Sarawak) telah membantu menghulurkan bantuan keperluan bayi dan anak kecil seperti lampin dan susu di kawasan Sg. Plan Bintulu yang telahpun dilaksanakan PKPD kerana tiada sebarangan sumbangan daripada kerajaan negeri yang diterima penduduk setakat ini.

“Dan bantuan ini dilakukan tanpa Karen ah birokrasi dan perlu dipermudahkan tanpa mengira kedudukan, bangsa, agama, dan fahaman politik.

“Usaha bersepadu antara pemimpin suku kaum dan masyarakat luar bandar serta penyelarasan oleh Pejabat ADUN atau wakilnya harus bersama dalam usaha ini,” katanya lagi.

Berkaitan program vaksinasi yang diusahkankan oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang sedang dilaksanakan ketika ini, beliau mencadangkan agar pusat vaksinasi ditambahkan lagi bagi memudahkan rakyat mendapat vaksin.

“Kami mencadangkan pusat vaksinasi secara ‘pandu lalu’ diwujudkan di kawasan perumahan di bandar yang jumlah penduduknya ramai kerana ia juga dilihat memudahkan pergerakan penduduk di sekitarnya,” jelasnya.