Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan P.Pinang tidak tahu menahu cadangan lapangan terbang baharu

Kerajaan P.Pinang tidak tahu menahu cadangan lapangan terbang baharu

BernamaJune 10, 2019 2:36 pm




Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak tahu menahu tentang cadangan pembinaan dua lapangan terbang baharu seperti yang dilaporkan akhbar The Star hari ini, kata Ketua Menteri  Chow Kon Yeow.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang cadangan untuk membangunkan sebuah lapangan terbang baharu di negeri atau wilayah ini.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin mengulangi pendirian kami sebelum ini bahawa sebarang cadangan pembinaan lapangan terbang baharu tidak boleh menjejaskan peranan dan fungsi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas serta pembangunan masa depan negeri ini.

“Ekonomi Pulau Pinang dan rakyatnya mesti mendapat manfaat daripada sebarang cadangan seperti itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Chow berkata kerajaan negeri akan menunggu sehingga cadangan itu dikemukakan dan memberi maklum balas selepas itu.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan cadangan untuk mengadakan satu kajian berhubung keperluan masa depan lapangan terbang di negeri ini dan wilayah di sekelilingnya.

Akhbar The Star hari ini melaporkan terdapat dua syarikat yang merancang untuk membina sebuah lapangan terbang baharu, masing-masing dinamakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Utara Malaysia (NMIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara (NORIA), di dua lokasi berbeza di selatan Seberang Perai di tanah besar Pulau Pinang.

Laporan itu turut menyebut sebuah syarikat swasta telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan manakala sebuah lagi dijangka berbuat demikian tidak lama lagi.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production