Malaysia Dateline

Kerajaan perkenal Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri

Kerajaan akan memperkenalkan kategori pertandingan abilimpik bagi orang kurang upaya (OKU) yang berkemahiran dalam Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri, bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebelum ini pemilihan peserta bagi anugerah tahunan sejak 1991 itu hanya melibatkan individu yang memenangi pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa tetapi bukan dalam kalangan OKU.

Justeru, katanya, anugerah berkenaan adalah pengiktirafan tertinggi bagi tenaga mahir OKU yang cemerlang dalam bidang masing-masing.