Malaysia Dateline

Kerajaan perlu bertindak terhadap penyebaran berita palsu bangkitkan kebencian kaum, agama

Kerajaan harus bertindak tegas terhadap mana-mana individu atau pemimpin parti politik yang menyebarkan berita-berita palsu dengan tujuan membangkitkan kebencian kaum dan agama.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, parti itu memandang serius tindakan sesetengah pihak yang menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk menghancurkan keharmonian masyarakat Malaysia yang telah terbina sejak sekian lama.

“Ini kerana, keamanan dan keharmonian negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama menjadi tunggak kepada kesejahteraan Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau mengulas laporan polis yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara hari iniĀ  yang mewakili Peguam Negara Tommy Thomas yang didakwa sebagai anti Islam kerana tidak bertindak tegas terhadap pihak yang menghina kesucian agama Islam.

“Laporan polis ini memberi peluang kepada kerajaan untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak yang menyebarkan berita palsu dengan tujuan membangkitkan kebencian kaum dan agama, demi mempertahankan keharmonan Malaysia,” ujarnya.