Kerajaan perlu jelaskan penglibatan Malaysia di Yaman seperti dilapor PBB

Kerajaan perlu jelaskan penglibatan Malaysia di Yaman seperti dilapor PBB

Kerajaan perlu memberikan penjelasan sejauh mana penglibatan Malaysia di Yaman bersama kuasa besar Barat dan sekutu Amerika seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam sidang dewan rakyat pada Mac depan.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

Kerajaan perlu memberikan penjelasan sejauh mana penglibatan Malaysia di Yaman bersama kuasa besar Barat dan sekutu Amerika seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam sidang dewan rakyat pada Mac depan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, mempersoalkan bagaimana Malaysia sebuah negara Islam secara senyap bersuhabat menyerang dan mengepong sebuah negara kecil seperti Yaman.

” Bagaimana Malaysia boleh bersubahat terlibat dengan negara kuasa besar barat pro Amerika menyerang dan mengepong negara kerdil termiskin di benua Arab seperti Yaman?

“Dengan laporan 63 muka Jenayah Perang PBB yang lebih awal dan laporan terkini ancaman kebuluran yang disiarkan agensi berita BBC malam tadi, saya menuntut kerajaan Malaysia melapor kepada Parlimen dan rakyat sejauhmana penglibatan Malaysia sebenarnya.

“Mustahil dengan kehadiran Malaysia di Riyadh kerajaan tidak mengetahui ancaman kebuluran kepada 2.1 juta kanak kanak kecil dan juga ancaman kepada 18.8 juta rakyat awam.

“Bukan sahaja Malaysia membantu Amerika menyerang Yaman, tetapi bersubahat menutup berita situasi malapetaka kebuluran yang sedang berlaku keatas orang Islam di Yaman,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan terkini agensi berita BBC semalam yang menyiarkan berita bergambar rakyat Yaan menghadapi masalah kebuluran.

PBB juga sebelum ini telah  melaporkan Yaman memerlukan bantuan mengatasi kebuluran sebanyak US 2.I Billion. Seramai 2.1 juta kanak kanak dan 80 % rakyat dewasa Yaman mengalami kebuluran kerana pelabuhan dan lapangan terbang di tutup kerana pengeboman dan kepungan sekutu Arab Saudi dan Amerika.

Laporan PBB juga menyatakan 10,000 rakyat Yemen telah terbunuh sejak peperangan di Yaman bermula. Dalam lapuran 63 muka PBB yang dibentang pada bulan lepas, didapati 80% dari serangan oleh sekutu Arab Saudi termasuk Amerika merupakan jenayah perang kerana menyasarkan orang awam termasuk sekolah dan hospital.

Pada keseluruhannya PBB melaporkan 18.8 juta rakyat Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan. Yaman juga merupakan Negara Arab termiskin yang di kepong dan di serang dari laut serta udara oleh tentera Saudi dan sekutunya.

Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah ini menegaskan untuk menuntut penjelasan kerajaan dalam isu ini.

“Kerajaan perlu memberi penjelasan sepenuhnya pada sidang Parlimen bulan Mac 2017 ini.

“Ini sebabnya soalan saya di Parlimen tahun lalu tentang kenapa Malaysia tidak membuat kenyataan atau pendirian mengenai apa yang berlaku di Yaman tidak di jawap kerajaan.

” Bahkan laporan awal PBB juga mengenal pasti jiran Arab Saudi iaitu sekutu pro Amerika – Mesir, Jordan, UAE, Bahrain, Kuwait Qatar dan Sudan bersama dengan kuasa besar Amerika, Britain, Peranchis dan juga MALAYSIA yang “membantu” dari Riyadh.

“Ini lah perang yang saya pernah katakan di Parlimen bahawa dunia ingin lupakan dan sembunyikan dari pengetahuan umum.

“Malangnya Malaysia terlibat bersubahat dalam jenayah perang yang dilaporkan oleh PBB itu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: Saya rujuk sumber rasmi PBB isu Yaman

TAGS