Malaysia Dateline

Di mana Islamnya Pas jika tiada akhlak kata Husam Musa Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh

Kematian Orang Asli: Tubuh Jawatankuasa Forensik segera, kata Husam

Kerajaan dicadangkan agar menubuhkan sebuah jawatankuasa forensik bebas untuk mengkaji semua aspek dan segala kemungkinan yang menjadi punca kepada kematian 14 Orang Asli dari suku Bateq di Kuala Koh, Kelantan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Senator Datuk Husam Musa berkata, jawatan kuasa forensik itu kelak ditubuhkan atas kerajasama kerajaan negeri.

Beliau turut menyambut baik kenyataan dibuat Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam, berhubung langkah- langkah yang akan diambil kerajaan dalam menangani isu kebajikan hal ehwal Orang Asli di Kuala Koh.

“Sesiapa yang mengasihi makhluk di bumi, nanti ia akan dikasihi penghuni langit,” sabda Nabi.

“Peristiwa yang menimpa Orang Asli Kuala Koh merupakan peristiwa kemanusiaan untuk iktibar serta perhatian kita bersama. Atas ehsan kemanusiaan masalah Orang Asli adalah masalah kita semua.

“Saya berharap semua pihak termasuk Kerajaan Negeri bekerjasama mencari punca sebenar kejadian dan jumlah kematian yang besar dalam masa yang singkat tanpa tujuan melindungi apa apa. Sebuah jawatan kuasa forensik bebas patut ditubuhkan utk mengkaji semua aspek dan segala kemungkinan,” ujarnya dalam kenyataan.

Jabatan kesihatan Negeri dalam satu kenyataan semalam, memberitahu seramai 53 penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang dikesan menghadapi jangkitan saluran pernafasan sejak 6 Jun lalu.

Bagaimanapun jabatan itu mendapati hanya dua orang yang maut akibat jangkitan paru-paru (pneumonia) sejak sebulan lalu berdasarkan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Gua Musang.