Malaysia Dateline

Kerajaan Perpaduan: PH setuju, PN tolak

Yang di-Pertuan Agong berjumpa dengan Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Mahiaddin Md Yasin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN). Mahiaddin diiringi oleh Abdul Hadi Awang, Presiden Pas.

Pertemuan diadakan berasingan. Anwar dulu kemudian Mahiaddin dan Abdul Hadi.

Tuanku mencadangkan supaya ditubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan syarat-syarat tertentu demi kestabilan dan pemulihan ekonomi negara.

Anwar bersetuju dan menandatangani surat yang disediakan. Mahiaddin tidak bersetuju dan menandatangani surat yang serupa.

Hari ini 10.30 pagi, YDPA akan berjumpa dengan semua 30 ahli Parlimen Barisan National bagi mengetahui pendirian mereka.

Merurut sumber ini adalah kerana Anwar mendakwa, dia disokong oleh 118 Ahli Parlimen, termasok 29 dari BN, tapi Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun kata, dia tidak terima SD daripada Ahli Parlimen BN. Dia hanya ada surat akur janji.

Kemudian, Perdana Menteri Sementara (Caretaker), Ismail Sabri Yaakob pula kata, BN tidak sokong mana-mana parti.

Mahiaddin mendakwa ada lebih 112 Ahli Parlimen, termasuk dari Sarawak, yang menyokongnya. Tapi Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang ada 23 kerusi, membuat kenyataan ia menyerahkan kepada budi bicara YDPA untuk membuat keputusan bagi pihak GPS.

Kita harap adalah kata putus dan penyelesaian hari ini. Dah tiga hari. Rakyat dah menyampah, dunia ekonomi tidak tentu arah.

Sekadar bertanya, kalau kerajaan campuran tidak berjaya ditubuhkan dan cadangan kerajaan perpaduan oleh YDPA ditolak oleh PN, boleh atau tidak parti yang ada paling banyak kerusi dibenar menubuhkan kerajaan minoriti (minority government)?

PERINGATAN: Saya tidak bertanggungjawab terhadap rencana atau bahan yang menggunakan nama saya kecuali dalam akaun Facebook ini. Sudah ada pihak yang tidak beretika menggunakan nama saya untuk menyebar propaganda mereka.
Daripada laporan media dan sumber politik, kefahaman saya mengenai apa yang berlaku di Istana Negara hari ini adalah seperti berikut.

Baca juga: Isu Kristian- Lebih 23,000 tandatangan petisyen desak GPS tolak PN yang ‘taksub kaum’

Baca juga: Kerusi PM 10 masih kosong, Anwar sahkan belum ada keputusan daripada Agong