Kerajaan PH akan lelong rantai berlian RM114 juta itu, kembalikan wang pembayar cukai

Kerajaan PH akan lelong rantai berlian RM114 juta itu, kembalikan wang pembayar cukai

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada 9 Mei nanti, kerajaan PH akan menuntut semua perolehan yang didapatkan secara tidak sah melalui 1MDB dipulangkan.

Ia termasuk melelong rantai leher berlian bernilai USD23.7 juta dan kapal mewah Equanimity berharga RM1 bilion yang ditahan di Bali dalam bulan Februari lalu, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Muar sempena majlis makan malam anjuran DAP Bakri semalam.

Kata Kit Siang, isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor sendiri telah membangkitkan isu koleksi berlian daripada skandal 1MDB itu.

Ujarnya, bercakap kepada wanita Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai kelmarin, beliau (Rosmah) menuduh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli cuba memerangkap suaminya Najib Razak, dan beliau melalui isu cincin berlian tersebut.

“Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rosmah kerana mengingatkan kembali soal cincin berlian itu kerana saya percaya sudah ramai yang lupa mengenainya.

“Apa yang mereka ingat adalah mengenai set berlian 22 karat bernilai RM144 juta pada rantai leher, yang menurut Jabatan Keadilan AS, ia dibeli oleh Jho Low menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB dan diberikan kepada isteri “Malaysian Official 1″ MO1,” kata tokoh veteran DAP itu.

Kata Kit Siang lagi, mengapakah Rosmah Mansor hanya bercakap mengenai cincin berlian berharga USD8 juta dan tidak mengenai rantai leher berharga USD27.3 juta itu?

Tambahnya, sikap membisu Rosmah mengenai rantai leher berlian itu tidak memberikan kebaikan kepada dirinya, memandangkan beliau telah bercakap mengenai isu cincin berlian bernilai USD8 juta itu, eloklah kita mendengar pula beliau mendedahkan soal rantai leher dengan set berlian berharga USD27.3 itu.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote