Kerajaan PH lantik pegawai SPAD kaji perkhidmatan teksi, e-hailing tak ubah seperti BN

Kerajaan PH lantik pegawai SPAD kaji perkhidmatan teksi, e-hailing tak ubah seperti BN

Semua operasi SPAD berjalan seperti biasa walaupun badan itu dimansuhkan, kata Menteri Pengangkutan.

Beberapa persatuan teksi akan berhimpun di hadapan bangunan Parlimen, Isnin depan, bagi membantah keputusan kerajaan Pakatan Harapan melantik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan kajian mengenai perkhidmatan teksi dan e-hailing di negara ini.

Timbalan Pengerusi Persim, Kamaruddin Mohd Hussain berkata, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilihat tidak sensitive dengan masalah di dalam industri Teksi itu sendiri.

Malah dakwanya lagi, Loke gagal mengadakan sebarang perbincangan awal dengan wakil-wakil Persatuan Teksi bagi mencari jalan penyelesaian.

“Beliau (Loke) mengekalkan pegawai-pegawai SPAD yang jelas selama ini tidak mampu membawa sebarang pembaharuan dan menggunapakai pula laporan SPAD zaman pemerintahan Kerajaan Rasuah (BN).

“Saya sendiri telah sedia maklum keputusan yang diumumkan tempoh hari sebelum Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN dan sebelum YB Anthony Loke dilantik menjadi Menteri di Kementerian Pengangkutan.

“Malah keputusan yang dibuat baru-baru ini juga jelas membuktikan YB Menteri terlalu bergantung kepada laporan SPAD,” ujarnya dalam kenyatana hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan dibuat Loke pada 2 Julai tidak akan membenarkan mana-mana monopoli dalam sektor pengangkutan termasuk perkhidmatan e-hailing (pengangkutan berasaskan aplikasi).

Loke dipetik berkata, SPAD untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai perkhidmatan teksi dan e-hailing serta mengemukakan cadangan dalam tempoh sebulan.

Pada Selasa Loke memaklumkan perkhidmatan e-hailing akan mula dikawal selia kerajaan sejak semalam (12 Julai)  melalui Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017.

Menurut Kamaruddin lagi, dengan keputusan menteri itu, ia membuka ruang kepada pihak yang melanggar undang-undang untuk merasa diri mereka berhak mempertikaikan keputusan Kementerian Pengangkutan.

“Sepatutnya YB Anthony Loke perlu menemui kami dan mengadakan Perbincangan agar keputusan yang dibuat lebih dihormati, kami bukan mahu e-hailing diharamkan, kerana kami faham dasar Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan membuat keputusan yang akan menyelesaikan masalah satu pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak lain.

“Tetapi keputusan yang dibuat oleh YB Anthony Loke benar-benar menimbulkan ketidakpuasan hati semua pihak termasuk pemandu kereta sapu e-hailing,” ujarnya.

Perhimpuan aman yang akan diadakan di hadapan bangunan Parlimen itu dipercayai akan disertai oleh seluruh warga teksi tanpa menamakan mana-mana Persatuan sebagai penganjurnya.

Pada Isnin depan,  dijadualkan bermulanya, sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 yang akan berlansung selama 20 hari.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote