Kerajaan PH telus, tidak ikut rentak Pas-Umno, kata Pemuda AMANAH

Kerajaan PH telus, tidak ikut rentak Pas-Umno, kata Pemuda AMANAH

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah kerajaan yang telus dan tidak terikut-ikut dengan rentak serta tari yang dimainkan oleh Umno dan Pas.

Malah sekiranya tarian yang ditarikan menjadi ikutan maka rakyat tidak akan dapat hidup dalam harmoni.

Demikian dinyatakan oleh Bendahari Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim ketika ditemui semasa majlis perasmian Konvensyen Pemuda AMANAH Pulau Pinang kali ke-2 di BM City Mall semalam.

Jelas beliau lagi, Pas dilihat terikut-ikut dengan rentak Umno dan BN dengan memainkan isu agama dan bangsa.

Namun begitu katanya, sekiranya ini menjadi pendekatan yang digunakan oleh Pas dan Umno, maka kedua-dua parti tersebut tidak boleh berganjak lebih jauh ke hadapan.

“Suasana politik pada hari ini sudah jauh berbeza dari sebelum ini.

“Rakyat dapat melihat ketelusan kerajaan PH yang sedang menerajui kepimpinan setelah beberapa isu diambil tindakan dengan segera.

“Ini termasuklah isu besar melibatkan 1MDB serta pendakwaan beberapa pimpinan kerajaan terdahulu, ” ujarnya yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Hasnul Zulkarnain bersama antara barisan kepimpinan Pemuda AMANAH Pulau Pinang yang hadir.

Tegasnya lagi, dakwaan yang cuba dimainkan oleh Umno dan Pas mengenai janji manifesto yang belum dapat dilaksanakan juga tidak mampu mendapat dokongan rakyat.

“Kerajaan kini sedang dan akan mengambil beberapa pendekatan yang terbaik dalam menangani isu berkaitan setelah melihat kedudukan sebenar kewangan.

“Begitu juga dalam isu melibatkan pinjaman PTPTN serta pemansuhan tol, ia tetap diberi perhatian serius serta pertimbangan yang sewajarnya.

“Yang pasti kerajaan PH cuba memberi keadilan untuk semua rakyat dalam negara ini tanpa meminggirkan mana-mana golongan masyarakat, ” tambahnya lagi.

Sejajar dengan itu katanya, PH masih meniti laluan yang penuh kedukaan akibat dicalarkan oleh salah urus kepimpinan kerajaan BN yang lalu.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0