Kerajaan PH tubuh 10 kementerian asas, menteri dinamakan esok

Sidang media yang dibuat oleh Tun Mahathir mengumumkan 10 kementerian asas kerajaan barunya.

 

Kerajaan baru Pakatan Harapan akan menubuhkan 10 kementerian asas esok, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

Kementerian itu adalah Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerjaraya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi dan Luar Bandar.

“Esok melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, kita akan namakan menteri-menteri bagi setiap kementerian tersebut,” katanya.

Majlis angkat sumpah jawatan kabinet akan dibuat selepas itu, katanya.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Top 5 pimpinan Pakatan Harapan yang diadakan di Yayasan Al Bukhari, dekat Masjid Negara hari ini.

Top 5 atau pemimpin teratas PH adalah Tun Dr Mahathir dengan empat pemimpin utama parti gabungannya iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin (Bersatu), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (AMANAH).

“Gabungan kami adalah setaraf, tidak ada yang lebih besar, cuma saya adalah pengerusinya yang memimpin mesyuarat,” kata Mahathir.

8.5
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 7.0