Malaysia Dateline

Kerajaan pindahkan RM1bilion setelah syarikat China gagal siapkan projek dijadualkan

Kerajaan telah mengarahkan pengambil semula dana berjumlah RM1 bilion daripada  akaun sebuah syarikat milik Kerajaan China kepada sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, setelah syarikat itu didapati gagal menyiapkan saluran paip di negara ini.

Syarikat China Pipeline Engineering Co Ltd (CPP) itu di dakwa hanya menyiapkan 13 peratus projek berbanding 88 peratus dana yang diberikan.

Perkara tersebut disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaklumkan kerajaan berhak mengambil semula dana yang diberikan.

“Dana sebanyak 88 peratus telah dibayar tetapi hanya 13 peratus sahaja yang siap. Jadi kerajaan berhak mengambil semula wang tersebut setelah projek tersebut di batalkan.

“Apabila kontrak diberi, tapi kontraktor tak guna keseluruhan duit untuk projek, jadi kerajaan berhak ambil semula.

“Saya tak nampak kenapa mereka perlu rasa tidak gembira kerana kami ambil semula duit untuk kerja yang merrka tidak siapkan. Bukan ambil duit ketika kerja sudah siap,”katanya ketika sidang media Mesyuarat Majlis¬† Tertinggi Bersatu, di Putrajaya hari ini.

Sabtu lalu, media Singapura melaporkan, pihak berkuasa Malaysia telah merampas S$328 juta (RM993.3 juta) yang dimiliki sebuah syarikat milik kerajaan China, China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP).

Memetik laporan berkenaan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengarahkan syarikat perbankan gergasi global, HSBC supaya memindahkan dana yang berada dalam akaun CPP di Malaysia ke dalam Suria Strategic Resources Sdn. Bhd. iaitu syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, awal bulan ini.