Malaysia Dateline

Kerajaan pintu belakang khianati mandat rakyat, kata Nga

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyifatkan kerajaan yang ditubuhkan melalui pintu belakang adalah satu pengkhianatan kepada mandat rakyat pada PRU-14 lalu.

“Satu-satunya kerajaan yang sah adalah yang menang dalam pilihan raya dan mendapat mandat daripada rakyat.

“Siapa saja yang cuba bentuk kerajaan “pintu belakang” dengan apa alasan jua adalah pengkhianat besar terhadap bangsa dan negara. Inilah erti demokrasi,” ciapnya di Twitter.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata, pembentukan kerajaan pintu belakang juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah di sisi moral dan undang-undang.

“Negara kita adalah negara demokrasi berparlimen. Aspirasi dan mandat rakyat wajib dihormati oleh semua pihak,” tegasnya lagi.