Malaysia Dateline

Kerajaan PN terutama Pas patut konsistan bantu umat Islam

Kerajaan PN khususnya Pas sepatutnya konsisten dalam memperjuangkan nasib umat Islam sepertimana yang sering mereka laung-laungkan sebelum menjadi kerajaan.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad ketika ditemui semasa menyampaikan sumbangan 60 karton buah kurma kepada seluruh AMANAH negeri Pulau Pinang.

Jelas beliau isu Rohinga adalah soal kemanusiaan lebih-lebih lagi dengan akidah yang sama sudah sewajarnya Pas dan Umno yang sebelum ini sering ke hadapan memperjuangkan masalah umat Islam termasuk Palestine, maka isu melibatkan pelarian Rohinga juga sepatutnya menjadi keutamaan.

“Isu Rohinga adalah isu kemanusiaan kerana ia melibatkan nyawa dan mereka adalah pelarian yang sedang mencari perlindungan.

” Pas yang sepatutnya berada di hadapan sebagai kerajaan tidak harus memandang sepi perkara ini dan sepatutmya berani untuk memberi pembelaan termasuklah sekumpulan pelarian yang tiba dengan bot di Langkawi.

” Sebagai kerajaan yang memerintah sepatutnya PN lebih bersedia untuk membantu golongan pelarian, apalagi dalam suasana Covid-19 yang sedang melanda negara tatkala ini,” tegas beliau.