Kerajaan Pulau Pinang serap RM21.5 juta GST

Kerajaan Pulau Pinang serap RM21.5 juta GST

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerap kira-kira RM21.5 juta yang sepatutnya ditanggung oleh rakyat di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh 1 April hingga 31 Disember 2015.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyerap RM15,641,007, manakala baki RM5,822,996.19 lagi diserap oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengambil langkah sebegitu kerana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang terbatas.

Kuasa melaksanakan dan menghapuskan GST hakikatnya di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Justeru, Tan Sri Adenan Satim dalam kenyataannya hari ini tidak wajar berdalih supaya Pakatan Harapan menghapuskan GST di Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu, jika tidak setuju dengan “Tujuh Tawaran Amanah” sekalipun sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kini sekalipun.

Pemangku Ketua Menteri Sarawak itu sepatutnya mendesak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghapuskan GST yang nyata membebankan semua peringkat rakyat Malaysia termasuk di Sarawak, jika beliau jujur.

Tiada makna Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak meraih kempen “Beri Peluang Sekali Lagi Untuk Pasukan Adenan”, jika tiada komitmen ke arah menghapuskan GST sebagaimana telahpun ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

CATEGORIES
TAGS