Malaysia Dateline

Kerajaan Pulau Pinang akur tak bubar DUN, akan fokus pada hal mendesak seperti banjir

Pulau Pinang mengikut jejak Selangor dan Negeri Sembilan apabila Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan tiada pembubaran DUN bagi ketiga-tiga buah negeri. 

Sebaliknya tumpuan akan diberikan bagi memastikan PH Pulau Pinang mendapat kemenangan sebanyak mungkin kerusi Parlimen yang akan ditandingi menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 kali ini. 

“13 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan di Pulau Pinang menjadi keutamaan untuk diberi fokus utama supaya PH dapat memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen yang dipertandingkan. 

“Adalah menjadi harapan supaya rakyat dan penyokong PH di Pulau Pinang dapat menerima keputusan Majlis Presiden PH serta tumpuan akan diberikan kepada perkara yang mendesak termasuklah banjir. 

“Kini PH memfokuskan PRU ke-15 termasuklah gerak kerja bagi memastikan kemenangan majoriti kepada kerusi-kerusi Parlimen yang akan ditandingi,” ujar Chow Kon Yeow yang juga merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang. 

PRU ke-14 menyaksikan PH Pulau Pinang  bertanding kesemua 13 kerusi Parlimen dengan DAP bertanding 7 kerusi Parlimen, PKR 4 kerusi, AMANAH 1 kerusi dan Bersatu juga 1 kerusi.