Kerajaan Pulau Pinang beri bantuan ‘one-off’ bantu mangsa banjir

Setiap keluarga dan bangunan yang rosak dilanda banjir akan diberikan bantuan RM400 oleh kerajaan negeri.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran RM400 secara “one-off” kepada 2000 mangsa banjir dalam kejadian banjir paling buruk dalam sejarah di negeri itu.

Banjir yang berlaku akibat tempias Taufan Doksuri yang berlaku pada 15 Sepmber lalu telah membawa kerosaka ke atas bangunan dan kenderaan yang terperangkap dalam banjir.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng bantuan RM400 sekali bayaran itu akan diberikan kepada setiap keluarga dan pemilik bangunan yang menjadi mangsa banjir berlaku.

“Perlu ditegaskan bahawa bayaran ini bukanlah suatu “precedent” tetapi adalah “one-off” berikutan hujan lebat luar biasa akibat tempias besar Taufan Doksuri, yang mana jumlah hujan turun yang direkodkan dalam sehari itu adalah bersamaan dengan sebulan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Buat pertama kalinya di negeeri itu, paras air Empangan Air Itam meningkat begitu mendadak iaitu 26% dalam tempoh masa sehari daripada jumlah sedia ada iaitu 74% sebelum 15 September 2017, menjadikan paras air lebih 100% selepasnya.

Seramai 200 keluarga yang berdaftar telah dipindahkan ke sebelas (11) Pusat Pemindahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh Negeri Pulau Pinang untuk tempoh ini.

“Bayaran RM400 ini akan diuruskan oleh wakil rakyat, Ahli Majlis MBPP & MPSP dan JKKK Kerajaan Negeri Pakatan Harapan di bawah seliaan Ahli MMK Kebajikan Masyarakat, YB Phee Boon Poh, manakala bagi agensi Kerajaan Negeri akan diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu.

“Borang-borang permohonan akan dikeluarkan pada hari Isnin minggu hadapan (25 September 2017) dan ianya harus dipulangkan dalam tempoh sebulan sebelum bayaran RM400 “one-off” dibuat,” terangnya.

CATEGORIES
TAGS