Malaysia Dateline

terowong dasar laut

Kerajaan Pulau Pinang dipersoal enggan ambil JKR kaji jalan

Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan DAP bahawa tiada pakar tempatan yang boleh melakukan kajian itu adalah tidak masuk akal memandangkan JKR bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis kepakaran tetapi juga telah membina jalan raya di negara ini tanpa masalah.

“Akibat bersikap sombong, kerajaan negeri terpaksa melantik perunding untuk melakukan kajian bagi pembinaan ketiga-tiga jalan pada kadar yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Umno Nibong Tebal dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh di Permatang Keling, di hari ini.

Zainal yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri membuat pembayaran penuh sedangkan masih banyak perkara berkaitan projek terbabit belum siap.

“Kerajaan negeri harus berikan penjelasan kerana Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar  sedang dijalankan dan belum diluluskan manakala bantahan terhadap pelaksanaan projek ini masih boleh dikemukakan sehingga 19 Julai,” katanya.