Malaysia Dateline

Kerajaan Pulau Pinang naikkan bantuan warga emas, OKU sehingga RM200 setahun mulai 2022

Kerajaan negeri Pulau Pinang terus memberi pembelaan terhadap nasib warga emas dan golongan kurang upaya (OKU) dengan meningkatkan jumlah sumbangan tahunan sehingga RM200 seorang.

Menurut Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, program yang telah diwujudkan sejak 2009 tersebut telah berjaya memanfaatkan golongan terbabit dengan kadar sumbangan meningkat dari RM100 pada peringkat awal. sehinggalah kini kepada RM200.

“Pada peringkat awal ia dilaksanakan sebanyak RM100 disumbangkan setahun dan kemudian dinaikkan kepada RM130 setahun dan RM150 serta kini akan dinaikkan kepada RM200 setahun.

” Melalui program kebajikan ini sehingga 19 Januari 2022 ia memanfaatkan seramai 205,477 orang warga emas dan 12,391 OKU melalui program-program yang telah disediakan.

” Selain program penghargaan kebajikan kepada kedua-dua golongan tersebut, kerajaan negeri juga memberi pembelaan kepada golongan lain melalui Program Bantuan Ibu Tunggal, Program. Suri Emas yang dahulunya dikenali sebagai Program Ibu Emas serta lain-lain. golongan yang kurang berkemampuan,” tegas beliau.