Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan Pulau Pinang sumbang RM3 juta kepada 170 sekolah kerajaan

Kerajaan Pulau Pinang sumbang RM3 juta kepada 170 sekolah kerajaan

BernamaJune 17, 2019 5:45 pm




Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menyampaikan peruntukan RM3 juta kepada 170 buah sekolah bantuan penuh kerajaan di seluruh Pulau Pinang yang terpilih, sekaligus mencipta sejarah sebagai kerajaan negeri pertama yang berbuat sedemikian.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata peruntukan yang diberikan kepada 92 buah Sekolah Kebangsaan (SK) dan 78 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) itu adalah berdasarkan pemilihan yang ditapis oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri sedar peruntukan RM3 juta ini tidak cukup untuk menanggung kos penambahbaikan kesemua 220 buah sekolah bantuan penuh kerajaan di Pulau Pinang, namun ini akan menjadi langkah permulaan untuk memastikan kesemua pelajar dapat menimba ilmu dalam suasana yang terbaik,” katanya.

Berucap di majlis penyampaian peruntukan itu, beliau berkata setiap sekolah yang dipilih dihadkan menerima peruntukan RM20,000 untuk menanggung sebarang kos penambahbaikan yang diperlukan.

Peruntukan diagihkan kepada 40 buah sekolah di daerah Seberang Perai Utara (SPU), 47 buah sekolah di daerah Seberang Perai Tengah (SPT), 30 buah sekolah di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), 32 buah sekolah di daerah Timur Laut, dan 21 buah sekolah di daerah Barat Daya.

Chow berkata sebelum ini kerajaan negeri membelanjakan RM12 juta setiap tahun untuk peruntukan sistem pendidikan di Pulau Pinang dan kini ia mencecah RM15 juta setelah ditambah dengan program bantuan yang diagihkan pada hari ini.

“Sejak 11 tahun kebelakangan ini, kerajaan negeri di bawah program bantuan pendidikan menyalurkan peruntukan RM8.5 juta kepada Sekolah Mubaligh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan RM1.75 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) setiap tahun.

Katanya kerajaan negeri Pakatah Harapan (PH) turut memberi perhatian khas kepada pendidikan agama Islam dengan memberikan RM1.75 juta kepada Sekolah Agama Rakyat yang disalurkan sehingga ke Maahad Tahfiz, Tadika-tadika Islam dan Sekolah-sekolah Pondok.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga menyalurkan pembayaran ex-gratia, bonus, dan sagu hati Hari Raya Aidil Fitri kepada guru-guru aliran itu,” kata Chow.

Selain itu, menurutnya kerajaan negeri telah memulakan sumbangan penghargaan Pelajar Emas, bagi meningkatkan lagi nilai bantuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), memacukan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan mewujudkan biasiswa Penang Future Foundation.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production