Malaysia Dateline

Kerajaan pusat kongsi 50% hasil cukai pelancongan

Untuk mempertingkatkan potensi pelancongan Pulau Pangkor, Kerajaan komited untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai untuk merealisasikan potensi sebenar pulau tersebut sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia. Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan juga diperkembangkan
lagi.

Bagi menyokong usaha Kerajaan negeri menggiatkan aktiviti pelancongan, Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan
perkongsian 50% hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima di negeri berkenaan. Langkah ini akan membolehkan Kerajaan negeri menerima hasil tambahan yang secara agregat dianggarkan berjumlah RM50 juta.

Dana Tabung Pelancongan PKS RM500 juta disediakan oleh SME Bank dengan Kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak 2%. Ini akan membantu pengusaha kraftangan dan homestay untuk meluaskan perniagaan mereka.