Kerajaan Pusat, Negeri bersama tanggung kos operasi pembersihan, Nadma salur bantuan wang ihsan mangsa

Kerajaan Pusat, Negeri bersama tanggung kos operasi pembersihan, Nadma salur bantuan wang ihsan mangsa

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini memaklumkan Kerajaan pusat akan memberi bantuan kos operasi ke atas lima jenis bahan kimia yang dikenalpasti mencemari Sungai Kim-Kim dan persekitaran kawasan Pasri Gudang di Johor.

Nadma menjelaskan dalam kenyataannya, bagi pembersihan bahan kimia tersebut akan ditanggung bersama dengan kerajaan negeri berdasarkan kepada tuntutan yang akan dibuat oleh kerajaan negeri Johor.

Nadma juga akan menyalurkan bantuan wang ihsan kepada setiap keluarga mangsa yang terkesan berdasarkan senarai yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah atau Pegawai Daerah.

Nadma juga berkata, pihaknya sudah mengenalpasti peningkatan mangsa sisa toksik tumpahan lima bahan kimia di darat dan permukaan sungai Kim-Kim meningkat jumlahnya susulan kerja pembersihan yang dilakukan.

Bahan kimia yang dikesan seperti Methane,Hydrogen Chloride, Acrylonitrile, Acrolein dan Benzen yang bertindak balas hasil daripada pembersihan itu membawa kepada penutupan 111 buah sekolah sekitar Pasir Gudang.

Pasukan Hazardous Material Team (Hazard), Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telapun membuat pembersihan sebanyak 2.42 ran bahan kimia bersama tanah telah dikeluarkan sejak kejadian itu berlaku pada 7 Mac lepas.

“Kesan daripada pembersihan itu, didapati bilangan mangsa telah menurun. Sekolah-sekolah disekitar telah dibuka semula pada 11 Mac (hari kelima)
“walau bagaimanapun kesan daripada pembersihan oleh kontraktor tersebut menyebabkan tindak balas kimia meningkat dan terdapat pertambahan mangsa secara mendadak.

“Kerajaan Negeri Johor telah melantik kontraktor pembersihan khas bagi membersihkan sungai tersebut dan memulakan pembersihan dengan segera. Kerja-kerja pembersihan khas sedang dilakukan sehingga kini manakala jumlah mangsa juga masih meningkat,” ujar kenyataan itu.

Statistik semasa yang disediakan Nadma hari ini menunjukkan jumlah pesakit yang masih menerima rawatan di hospital seramai 1,078 orang termasuk 8 masih berada di wad ICU.

Nadma turut mengingatkan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan sekitar Pasir Gudang yang terbabit dalam kejadian tersebut. Ini kerana kerja-kerja kontraktor khas sedang dilakukan.

Nadma juga telah menyediakan dua kertas siasantan yang akan dikemukakan pada kabinet esok.

Sejak kejadian berlaku pada 7 Mac lepas, semua agensi berkaitan seperti PDRM, BOMBA – HAZMAT (Hazardous Material Team) , ATM – 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Chemical, Biological, Radiological, Nuclear, Explosive (CBRNE), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, KKM, APM, dan agensi-agensi persekutuan lain yang berkaitan, telah berada di lokasi melaksanakan operasi.