Kerajaan sedang teliti perincian lanjut pelaksanaan subsidi petrol

Kerajaan sedang teliti perincian lanjut pelaksanaan subsidi petrol

Kerajaan sedang melakukan perincian lanjut berkenaan mekanisme pelaksanaan subsidi petrol bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menikmati bantuan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Jamil Salleh berkata mekanisme itu yang melibatkan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bakal dilaksanakan pada suku kedua 2019.

“Perincian ini perlu dilakukan kerana tidak mahu timbul aduan oleh orang ramai kelak sekiranya tidak puas hati terhadap usaha murni tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Ketua Setiausaha KPDNHEP Bersama Media di sini hari ini.

“Seperti yang berlaku baru-baru ini ada pihak minta subsidi diberi pada semua, tetapi kerajaan tidak boleh buat begitu kerana mempunyai peruntukan terhad. Oleh itu, kita hanya beri pada mereka layak,” katanya.

Kerajaan dalam Belanjawan 2019 mengumumkan akan melaksana subsidi petrol bersasar bermula suku kedua tahun hadapan.

— BERNAMA