Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan sedia teliti Akta Keharmonian Sosial

Kerajaan sedia teliti Akta Keharmonian Sosial

BernamaMay 8, 2019 1:01 pm




Kerajaan sedia meneliti semula intipati Akta Keharmonian Sosial yang boleh diguna pakai dalam usaha antara lain mengawal penyebaran maklumat yang berpotensi menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat dalam negara, terutama di alam maya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Md Farid Md Rafik menegaskan akta itu bagaimanapun tidak dicadang diperkenalkan semula pada masa ini.

“Tetapi mungkin wujudkan satu benda lain, di mana boleh bagi kuasa kepada satu pihak untuk jaga keharmonian,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Asmak Husin yang mahu tahu usaha kerajaan menangani penyebaran maklumat yang dikhuatiri mampu menggugat integrasi kaum dalam kalangan komuniti maya di negara ini.

Md Farid turut kesal walaupun kebebasan suara diberi jaminan oleh kerajaan, masih ada pihak yang menyalahgunakan kebebasan diberikan dengan menyebarkan isu-isu tidak sepatutnya.

Namun, beliau yakin pada masa ini, akta sedia ada seperti Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mempunyai peruntukan yang boleh diguna pakai untuk mengekang penyebaran maklumat tidak bertanggungjawab.- BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

#SiBodohKauDengarSini tuju pada kerajaan buat hal rakyat sedang lapar

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production