Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan Selangor lakukan perubahan untuk terus cemerlang

Kerajaan Selangor lakukan perubahan untuk terus cemerlang

BernamaMay 13, 2019 7:00 am




Kecemerlangan Selangor sebagai negeri maju sehingga menjadi model pentadbiran kepada negeri lain, tidak dicapai dalam tempoh yang singkat.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan negeri telah melakukan pelbagai perubahan positif selain mengelakkan gejala rasuah, penyelewengan dan pembaziran dalam pentadbirannya.

 

“Selepas berjaya mengambil alih Kerajaan Selangor pada 2008, pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu melakukan banyak perubahan serta pendekatan berbanding pentadbiran terdahulu.

“Kita juga laksanakan banyak program kepedulian rakyat di Selangor dan sekarang ini negeri lain menjadikan Selangor sebagai contoh kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor Bersama Rakyat di Masjid Ar-Rahman, Bukit Badong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Amirudin berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, rakyat turut menaruh harapan besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk menerajui pentadbiran negara.

“Kita akan teruskan amanah yang diberikan. Amanah rakyat ini bukan tugas mudah, bukan tugas enteng, tetapi kita yakin mampu melaksanakan amanah rakyat dengan sebaik mungkin,”katanya.-BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production