Malaysia Dateline

Kerajaan Selangor serah 7,000 kit penilaian di rumah

Kerajaan negeri Selangor telah menyerahkan sebanyak 7,000 kit Home Assessment Tools (HAT) atau kit penilaian di rumah kepada Datuk Indera Dr Sha’ari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Ia diserahkan oleh Exco Kesihatan Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini.

Menurut Dr Mariah, Kit HAT yang mengandungi pelitup muka KN95 dan Pulse Oximeter akan diberikan kepada pesakit Covid-19 yang perlu jalani kuarantin di rumah.

“Pesakit akan memasukkan keputusan yang diperoleh daripada Pulse Oximeter beserta simptom yang dialami ke dalam aplikasi SELangkah supaya pemantauan harian oleh petugas kesihatan dapat dilakukan,” kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.