Kerajaan Selangor serah kepada peniaga kenakan caj beg plastik

Kerajaan Selangor serah kepada peniaga kenakan caj beg plastik

Kerajaan Selangor masih menyerahkan kepada peniaga untuk terus mengenakan caj 20 sen untuk beg plastik kepada pengguna atau sebaliknya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan negeri belum mewujudkan sebarang peraturan khusus bagi menghentikan caj 20 sen itu.

“Sebarang maklum balas yang kita terima dalam isu ini kita akan teliti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Konvokesyen Pengajian Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati pengguna yang terpaksa menanggung caj tambahan 20 sen bagi setiap beg plastik semasa membeli barangan.

Caj 20 sen setiap beg plastik itu berkuat kuasa 1 Januari lepas menerusi “Kempen Selangor Bebas Plastik”.

Bagaimanapun, usaha yang bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran bersih itu mendapat kritikan pelbagai pihak yang tidak bersetuju terhadap caj berkenaan.

TAGS