Kerajaan selesai segera isu bawa masuk pekerja Nepal, saran PPKKM

Kerajaan selesai segera isu bawa masuk pekerja Nepal, saran PPKKM

Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berpendapat seharusnya kerajaan menyelesaikan segera permasalahan membawa pekerja warga Nepal ke Malaysia.

Presiden PPKKM Datuk Mustapa Ali, berkata, syarikat-syarikat kawalan keselamatan berlesen berdepan dengan isu penghentian sementara kemasukan pengawal keselamatan warganegara Nepal sehingga menjejaskan pembekalan tenaga kerja.

Katanya, banyak syarikat-syarikat telah mengeluarkan kos perbelanjaan, namun pekerja ini masih gagal dibawa masuk ke Malaysia.

“Saya berharap agar masalah ini diselesaikan dengan segera serta sistem tersebut tidak membebankan syarikat keselamatan yang berdaftar,” ujarnya dalam sidang media diadakan hari ini.

Menurutnya lagi diharapkan, pihak kerajaan mampu untuk mencari jalan penyelesaian yang dapat membantu persatuan atau syarikat-syarikat di bawah PPKKM ini.

 

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote