Kenyataan yang dibuat Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa yang mempelawa pimpinan AMANAH untuk bertemu dengannya, jelas menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri telah buntu idea untuk menyelesaikan krisis inflasi yang sedang berlaku.
Bahkan, Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasbie Muda turut mempersoalkan sama ada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mampu mengeluarkan idea baharu bagi menangani isu kenaikan harga barang ketika ini.
Ini kerana katanya, ahli yang dilibatkan sebagai jawatankuasa tersebut merupakan menteri-menteri yang gagal berfungsi pada peringkat kementerian masing-masing.
Beliau juga mengibaratkan sikap kerajaan seperti ‘bodoh sombong’ kerana Pemuda AMANAH pada Mei lalu telah mencadangkan agar diadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu harga barangan asas yang jelas di luar kawalan kerajaan.
“Sidang khas ini sangat wajar untuk semua pihak tanpa mengira pangkat dan parti dapat duduk semeja dan berbincang untuk pihak Kerajaan menerima pelbagai cadangan dan komentar daripada ahli-ahli parlimen yang berpengalaman dan mampu berfikir dari pelbagai sudut pandang dan kepakaran
“Justeru, Pemuda AMANAH Nasional mendesak sekali lagi agar YAB Perdana Menteri memanggil sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu yang dihadapi rakyat ini,” katanya dalam satu kenyataan terbaru hari ini.
Pada masa sama Hasbie berkata, kejayaan kerajaan Pakatan Harapan adalah jelas apabila pelbagai program subsidi yang dijalankan adalah telus dan telah terbukti berjaya mengawal harga barangan asas khususnya ketika musim perayaan.
Tetapi hari ini ujar Hasbie, ketirisan wang rakyat jelas berlaku apabila berbillion peruntukan subsidi tetapi masih gagal mengawal harga barangan asas rakyat.
Baca juga: Ahli fizik ini kongsi cara sebenar nak hilangkan rasa pedas, teguk air masak tak akan jadi
Baca juga: Ahli fizik ini kongsi cara sebenar nak hilangkan rasa pedas, teguk air masak tak akan jadi