Malaysia Dateline

Kerajaan sudah rancang buka tender bina SMA di Labuan, kata SUP Menteri Agama

Kerajaan sudah merancang untuk membuka tender bagi membina Sekolah Menengah Agama (SMA)di di bawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan pada hujung tahun ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abang Ahamd Kaerdee Masagus berkata, dakwaan Yang Dipertua Pas Labuan dan beberapa pihak kononnya, Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa tidak mengutamakan pembinaan SMA di Labuan adalah tidak benar sama sekali.

Abang Kardee Marsagus

“Merujuk kepada isu pembinaan Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan yang dibangkitkan oleh beberapa pihak dan Yang Di-Pertua Pas Labuan seperti laporan HarakahDaily dan lain-lain, suka untuk dimaklumkan bahawa tender bagi pembinaan SMA-MAIWP Labuan akan dibuka pada hujung tahun ini.

“Proses pembinaan SMA-MAIWP Labuan yang baru di Sungai Bedaun melibatkan hak milik tanah beberapa pihak yang memerlukan tempoh masa bagi penyelarasan dan penyelesaiannya.

“Isu pemindahan hak milik tersebut kini telah selesai dan membolehkan MAIWP meneruskan proses selanjutnya bagi memulakan pembinaan.

“Kerjasama dan doa daripada semua pihak adalah diperlukan dalam memastikan projek ini berjalan lancar dan disiapkan sebagaimana perancangan pembangunannya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan di buat oleh Yang Dipertua Pas Labuan Hamir Zahari dipetik berkata,PAS Kawasan Labuan melihat Menteri Agama dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tidak beri keutamaan serta prihatin kepada keperluan pembinaan Sekolah Menengah Agama Islam Labuan.

Ini terbukti pada 22 Jun semasa Menteri Agama tersebut turun ke Labuan, hanya mengumumkan kelulusan pembinaan beberapa buah masjid dan surau sahaja.

Katanya Kronologi permintaan, perbincangan dan proses kelulusan tersebut terlalu lama sehingga sekarang masih belum ada tanda tanda SMA ini akan dibina.

Ini jelas membuktikan betapa tidak efisyen Kementerian Agama dan MAIWP dalam menangani isu ini.

Pas Labuan minta pembinaan SMA ini disegerakan dan penduduk Labuan tidak mahu lagi mendengar apa jua alasan dari pihak terbabit.