Malaysia Dateline

Kerajaan tanpa Bersatu: Ronnie Liu tidak ubah seperti keruping dalam DAP, kata Armada Selangor

Armada Bersatu Selangor hari ini berpandangan kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ronnie Liu mengenai Bersatu  hanya isu terpencil yang tidak perlu diambil perhatian oleh mana-mana pihak.

Ketua Armada Selangor Adhif Syan Abdullah berkata, Ronnie diibaratkan seperti kuruping.

“YB Ronnie adalah seperti keruping yang degil pada luka yang hampir sembuh. Sel-sel mati yang sudah melewati fungsinya dan hendaklah dikopek bagi memberi laluan sel-sel yang dijana semula untuk memulakan tugas dan mengembalikan badan ke potensinya yang sebenar.

” Tidak akan ada sesiapa merindui keruping. Dikopek, dikuis,” ujarnhya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai tulisan Ronnie Liu di  portal berita Malaysiakini semalam dengan tajuk: ‘Mahathir: A Paper Tiger’ antara lain dipetik, mendakwa PH masih boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Ronnie  turut mendakwa Dr. Mahathir mengejar model Barisan Nasional (BN) yang mempunyai parti dominan Melayu untuk mengawal pakatan itu.

Beliau juga mempersoalkan pendirian Dr. Mahathir yang menerima bekas ahli politik Umno sebagai ahli Bersatu dan kegagalan Perdana Menteri itu menetapkan tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ronnie Liu Tian Khiew

Ronnie Lieu

Kata Adun Dengkil ini lagi, Bersatu merupakan parti orang Melayu sebagai platform baharu politik orang Melayu yang progresif dan kekal dengan nilai-nilai warisan dan adat orang Melayu.

Justeru katanya lagi, adalah menjadi tanggungjawab Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat suara dan kehendak orang Melayu sebagaimana DAP juga mengangat suara orang Cina dan India di negara ini.

“Adakah apabila Cina dan India meminta haknya dan menyuarakan ketidakpuashatiannya baru dianggap “kebebasan bersuara” tapi apabila orang Melayu meminta perkara sama ia dikira “rasis”?

“Adakah Bersatu tidak boleh suarakan hasrat orang Melayu, jika itu kehendak mereka, tanpa dituduh Bersatu berperangai sama seperti Umno?

“Kami berpendapat pandangan YB Ronnie bersifat peribadi,terpencil dan datang dari pemahamannya yang dangkal berkenaan kebertanggungjawaban bersama dalam pentadbiran,” ujarnya.

Malah Adhif Syam mengingatkan Adun Pelek dari DAP itu,setiap keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan adalah hasil daripada konsensus bersama empat parti gabungan di bawah Majlis Presiden Pakatan Harapan.

“Hal sama juga benar bagi keputusan-keputusan peringkat Kabinet. Malah,kesemua pemimpin parti komponen dalam Majlis Presiden dan juga Kabinet mengakui bahawa YAB Tun sentiasa mendengar pandangan semua pihak dan melaksanakan keputusan berdasarkan suara majoriti.

“Jika benar kritikan YB Ronnie berkenaan isu-isu yang dibangkitkan maka ia hendaklah turut dianggap kritikan atau kegagalan kepimpinan DAP. Adakah ini yang cuba diangin-anginkan oleh YB Ronnie?, soalnya.