Kerajaan terbuka kepada cadangan majikan  dan syarikat perniagaan

Kerajaan terbuka kepada cadangan majikan dan syarikat perniagaan

Kerajaan akan mengumumkan keputusan mengenai pengambilan pekerja asing dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, untuk sementara kerajaan terbuka kepada cadangan dan syor daripada syarikat perniagaan mengenai perkara itu dan majikan juga meminta supaya pembekuan itu ditarik balik.

“Kerajaan memahami keperluan sektor-sektor tertentu yang memerlukan pekerja asing. Bagaimanapun, keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata beliau pada majlis makan malam pelantikan anggota Majlis Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) 2016, di sini malam ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Presiden MRCA Datuk Garry Chua Kah Seng.

Pada Februari lepas, kerajaan membuat keputusan untuk membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia termasuk dari Bangladesh sementara kerajaan mengkaji program levi dua tahap untuk pekerja asing.

TAGS