Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion

Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion

Tindakan kerajaan BN meminjam wang yang banyak sehingga mengakibatkan negara menanggung hutang yang tinggi adalah sebab utama cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, hutang yang ditanggung kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 114 peratus daripada RM306.4 bilion pada 2008 kepada RM655.7 bilion pada hujung tahun 2016.

Peningkatan itu, katanya, adalah lebih tinggi berbanding peningkatan peratusan keuntungan yang dikutip kerajaan Persekutuan sebanyak 77 peratus sebelum pelaksanaan GST iaitu daripada RM123.5 bilion pada 2006 kepada RM219.1 bilion pada 2015.

Oleh itu, jelasnya, kerajaan terpaksa melaksanakan cukai regresif itu bagi menampung bebanan hutang yang ditanggung negara dan kian bertambah dari tahun ke tahun.

“Soalan seterusnya yang perlu ditanya, mengapa kerajaan Umno-BN meminjam begitu banyak wang dan ke manakah wang itu dilaburkan?”

“Jawapannya mudah – ketirisan, rasuah, dan kleptokrasi di bawah pentadbiran UMNO-BN yang wujud melalui skandal 1MDB yang akan menyebabkan rakyat Malaysia selaku pembayar cukai kerugian sekurang-kurangnya RM42 bilion,” katanya.

{loadposition myposition}

Setiasuaha Publisiti itu juga berkata, selagi budaya ketirisan, rasuah dan kleptokrasi tidak dihapuskan, apa juga bentuk cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia tidak akan mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara.

“Bak kata pepatah Melayu, ‘besar periuk, lagi besar keraknya’,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan di ibu negara Isnin lalu mendakwa kerajaan Persekutuan tidak akan berfungsi tanpa pelaksanaan GST yang dikuatkuasakan sejak April 2015.

CATEGORIES
TAGS