Kerajaan tidak benarkan rasuah berleluasa dalam proses bawa masuk pekerja asing

Kerajaan tidak benarkan rasuah berleluasa dalam proses bawa masuk pekerja asing
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi dialog pada Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia.- Foto Bernama.

Kerajaan Malaysia tidak akan membenarkan sebarang kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara terlibat dalam proses membawa pekerja asing ke dalam negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata di bawah pentadbiran sebelum ini, proses membawa masuk pekerja asing ke dalam negara banyak melibatkan perbuatan rasuah.

“Sekarang ini kita ada dasar yang lebih teratur mengenai pengambilan pekerja asing, kita tidak akan benarkan samasekali sebarang perbuatan rasuah, atau jual beli pekerja, atau membawa masuk pekerja ke dalam negara secara haram.

“Kita hanya mahukan mereka yang mempunyai pekerjaan untuk datang ke Malaysia,” katanya dalam sesi dialog pada Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia, lapor Bernama semalam.

Dr Mahathir berada di sini untuk lawatan tiga hari ke Jepun.

COMMENTS