Kerajaan tidak bentang RUU 355, kata Najib

Kerajaan tidak bentang RUU 355, kata Najib

Kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

 Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersama Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan National (BN) di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.-Foto Bernama.

Kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya ini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.

“BN membincangkan banyak perkara (pada mesyuarat ini) antaranya mengenai RUU 355, Dewan Tertinggi BN memutuskan bahawa kerajaan tidak akan membentangkan RUU 355 selaras dengan dasar dan amalan kita bahawa BN membuat keputusan berdasarkan kepada konsensus.

“Justeru RUU ini akan terus menjadi RUU persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia) untuk menentukan mengikut kepada Order Paper (aturan urusan mesyuarat),” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini semalam.

Katanya kerajaan menyerahkan kepada Pandikar Amin untuk menentukan kedudukan RUU itu, sama ada akan dibentangkan atau tidak, berdasarkan kepada peraturan dewan.

“Macam mana pun kita tidak akan bentangkan dan kita tidak akan menentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU ini adalah rang undang-undang persendirian,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna BN tidak akan menyokong RUU itu, Najib berkata ia bergantung kepada keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam; Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup; Pengerusi MyPPP Tan Sri M. Kayveas dan Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Anggota Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan membuat keputusan untuk membentangkan sendiri cadangan pindaan Akta 355 itu pada sidang kali ini.

Abdul Hadi berkata, PAS tidak menganggap pendirian kerajaan itu sebagai muktamad,

PAS mahu melihat dulu draf yang disediakan kerajaan berhubung cadangan pindaan berkenaan bagi mengelakkan ia “bertindih” serta “tidak mahu berlawan”.

Malah,  PAS mahu melihat dulu draf yang disediakan kerajaan berhubung cadangan pindaan berkenaan bagi mengelakkan ia “bertindih” serta “tidak mahu berlawan”.

TAGS