Malaysia Dateline

Kerajaan tidak faham ibarat penyakit lain, ubat lain pula diberikan

Naib Presiden AMANAH, Dato Mahfuz Omar berkata, kerajaan sebenarnya tidak faham kedudukan sebenar isu pokok yang dihadapi oleh rakyat dan ia boleh diibaratkan penyakit lain yang dialami, ubat lain pula yang diberikan.

Katanya, pengumuman tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah B40 dan RM50 bagi golongan bujang oleh kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan kos harga barangan yang membelenggu rakyat tatkala ini.

“Seharusnya subsidi tidak dipotong bagi memastikan rakyat dibela nasib mereka termasuklah tiada lagi harga siling ayam yang diputuskan oleh kerajaan.

“Apabila tiada lagi harga siling, tidak mustahil seekor ayam mampu mencanak sehingga RM20 seekor dan dengan tambahan RM100 oleh kerajaan bagi BKM masalah pokok masih belum dapat diselesaikan.

Kerajaan tidak faham ibarat penyakit lain, ubat lain pula diberikan
Tiada harga siling, tidak mustahil seekor ayam mampu mencanak sehingga RM20 seekor

” Kenaikan harga makanan ayam pula gagal diselesaikan oleh kerajaan sehinggakan penternak dan pengusaha tidak mendapat tawaran harga bahan yang rendah serta tidak mampu menawarkan harga ayam yang lebih murah,” ujar beliau ketika dihubungi.

Tambah beliau, kerajaan tidak boleh ‘flip-flop’ dalam memastikan harga makanan ayam lebih murah kerana ia mempengaruhi harga sebenar ayam dipasaran.

Sehubungan itu katanya, isu utama tersebut wajib diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kelemahan dan kegagalan kerajaan mengatasi masalah kenaikan pelbagai harga barangan dan pemotongan subsidi.

Baca juga: Naik 20%! Pengalaman naik harga barangan mengejutkan

Baca juga: Tak boleh terima hakikat lamaran ditolak, lelaki sembelih wanita depan universiti