Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan tidak pernah import makanan dari Wuhan, kata Salahuddin

Kerajaan tidak pernah import makanan dari Wuhan, kata Salahuddin

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON Foto WAN ZAHARI WAN SALLEHJanuary 28, 2020 12:57 pm




Setakat ini kerajaan tidak pernah mengimport apa-apa bahan makanan daripada daerah Wuhan yang dikatakan menjadi punca penyebaran Koronavirus, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Salahuddin memaklumkan, biarpun kerajaan mengimport sekitar RM50 bilion produk makanan dari luar negara yang kebanyakannya dibawa dari negara China, namun penyebaran virus berkenaan tidak lagi melibatkan bahan makanan.

Malah katanya, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) turut diarahkan untuk melakukan pemeriksaan terhadap bahan makanan yang diimport ke Malaysia.

“Saya telah diberi maklum bahawa setakat ini virus (Koronavirus) merupakan penyebaran dari individu ke individu. Ia tidak lagi melibatkan bahan-bahan makanan.

“Tapi saya telah mengarahkan Maqis membuat pemeriksaan secara rambang di semua pintu masuk. Paling tidak mereka boleh buat pemeriksaan secara rambang dahulu, memilih item-item tertentu seperti daging ataupun buah-buahan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Setakat ini, daripada (Wilayah) Wuhan, tak ada apa yang kita import,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Kerjasama Strategik Petronas & Agrobank: Program Memperkasakan B40, di Dewan Conference 1, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar; Pengerusi Petronas, Datuk Ahmad Nizam Salleh; dan Presiden Petronas & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga membendung virus berkenaan dan akan bersiap sedia menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.

Terdahulu, KKM memaklumkan bahawa cara jangkitan coronavirus 2019-nCoV belum diketahui secara jelas, meskipun kes dikesan mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ada bukti menunjukkan berlakunya penularan daripada seorang individu kepada individu yang lain, khususnya dalam kalangan kontak rapat.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Terkini

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Golongan muda bakal hilang kerja, rasional darurat Muhyiddin perlu ditolak

Tun Salleh Abas meninggal dunia

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production